Ejen Ali: The Movie (runut bunyi)

Ejen Ali The Movie: Official Motion Picture Soundtrack ialah album runut bunyi filem animasi 2019, Ejen Ali: The Movie.Skor muzik digubah oleh Azri Yunus, komposer utama, dibantu oleh pembantu komposer, Hakim Kamal. Azri Yunus berkata, perbezaan skor muzik dalam siri ini dengan filem ini adalah mereka ingin memberikan nilai lebih estetik dengan memasukkan lebih banyak perasaan emosi untuk membuat penonton di pawagam terpesona.[1] Runut bunyi rasmi filem ini dikeluarkan pada 27 Disember 2019.

Ejen Ali: The Movie (runut bunyi)

Dikeluarkan pada 27 Disember 2019
Masa 71:20
Dirakam pada 2019
Genre Skor
Syarikat Monkey Bone